Kata-kata aku mungkin bukanlah bak seorang pujangga yang sedang berbunga hatinya ..

Saturday, May 18, 2013

:3



Hello~
Buleh tahan lama jual endak jumpak ah. Sebagai seorang yang mempunyai blog, dan apabila baca blog org lain, aku rasa tak layaknya utk aku bukak blog walau utk mem-blog nih sangatlah takde limit atau rules yang di-apply dan sememangnya blog adalah untuk sesiapa sahaja tapi kalau untuk org yang cakap tahiks mcm aku ni cemanoooo?? ngeh3. mungkin watlek watchill watkool watpis watlegend. katakooo XD

Oh well, selepas 4kali muncul sebagai orang hidup dalam alam maya, alam indah, erk alam mimpi erk dan akhirnya yang kelima barulah sebagai org mati. mungkin dah takkan muncul lepas ni, tapi kalau buleh jangan hampakan aku. kahkah bersirat-siratan. mabuk apa malam2 kan.

cuma nak cerita, agenda satu minggu yang padat. sabtu lepas, KI stat, dari situ aku jumpa crush baru.ya crush baru sejak berbulan lamanya. dan saya harap perasaan tu tk betul pon. org tu dah ada awek pon cuma mengikut hasil penyiasatan atau pengintaian atau peng-stalk-an aku dia tgk ado konflict dengan awek dia. wallahualam. haha kelakar. dan dengan hari sabtu tu jugak lah kakak aku tunang. wey! kakak 1st kau tunang tuu kau tk pergi??? apa dah nasib. hidup perlu diteruskan walau tgk gambar agak menjeleskan.



Tahniah btw. Mintak maaf btw sebab tak dapat hadirkan diri. haha lebiu uols.. lulz

ok the next agenda is zoo negara. demi madam berry yang kini telah meng-favourtie-kan fendi, kami ber-6 pergi zoo negara hari isnin buat recording utk speech. makahai masuk zoo pon kene rm30 tapi nasib baik dapat jumpa primates. haha awat suka sangat? dok aihhh org tu panggil aku primate dulu..sebab tu duk teringat mcm apa. kehkeh siap aku gelarkan harini 1st time sedunia. tengok tu tweet.




boleh nampak memang ciri kebatakan tu ada kan. haha memang kenelah ktorg satu kelas. aku mira fana dayah fendi pian. orang2 yg aku akan hadapi selama 2tahun lebih dah harap friendship sampai syurga sana. ewah XD what a great memory to be remembered. tenkiu guys

alrigh next is graduation day. maksud saya. Peng's graduation day. ahaks. hari rabu lepas subuh teruih tokse tidur sebab kene teman palin join konvo si peng sebab mak ngan ayah tokse datang. dengar mcm sedih kan. kihkih padahal kak ayu, ema, shida, sume mai kot. siap tipu kakju suh dtg dr tmpt keje bagi bunga lagi. siap bawak zubir lagik. kahkah 1st time tu wey gua jumpa bakal abe ipar gua. kahkah. 

Saturday, May 4, 2013

leha hey

helo bertemu lagi saya dimana saya tengah menghadap dan menikmati cuti sempena pilihanraya yang hebat lagi sengit mengit yang tengah melanda atau menjadi trend di Malaysia sekarang ini. Harapan tinggi agar parti pilihan saya menang dan walaupun sebaliknya, saya harap Malaysia akan kekal sebagai negara yang aman lagi makmur dengan rakyatnya yang berhati mulia, bencikan kutukan dan kejian serta berfikiran panjang dan tidak bercakap kosong atau guna logik tanpa bukti demi mengelakkan fitnahan atau kekacauan yang akan menyebabkan keruntuhan... #UBAH diri baru #UBAH negara. orait? :3 ayat keji ye leha hey? kehkehkeh

hey.. Gua cakap gua benci love story kan.. aah.. aku menyampah..org assume aku jeles dan takde pakwe sebab aku berfikiran begitu tapi aku rasa sebaliknya..dah ku dilahirkan begini ehh takoooooooonlah nak suka kan. ahaks tapi.. tapi berlainan pulak dengan cerita cinta dibawah ini!



wuhuuuu.. ini ialah cinta omputih yang bergenre kan cinta..romantik mungkin? cite dia laki dalam nie dah jadi zomba dan bila dia tengah serang satu bandar nie dia duk berkenan dengan sorg pompuan yang tengah bersabung nyawa menyelamatkan diri dengan geng2 dia termasuklah dengan boipreng dia dgn menembak zomba2 nihhh tapi laki tu makan boipreng pompuan tu dan terpikat dengan pompuan tu dan bawak pompuan tu balik ke tempat zomba2 tu bagai.. dia kata kt bandar tu tk selamat dan kalau stay dalam rumah dia (kapal terbang terbengkalai) dia akan selamat. pompuan tu okay je. tapi byk kali jugak dia torai larikan diri tp zomba2 lain akan cuba serang dia dan acapkali laki ni la yg selamatkan dia.  maleh weh nak cite tapi apa yg aku cuba sampaikan ialah laki zomba ni sangat sweet dengan pompuan ni wey..muka gatai dia tk menahan...dahlah zomba tp mampu menunjukkan muka yang penuh dengan perasaan cinta dalam hati dia terhadap perempuan itu ahhhh. aku suka laki nihh XD eh tapi aku rasa kalau dia bukan zomba, aku tk suka kot? :3

hoyeahhhh..tadi geng kd ramai2 lah sangat tu pi ber-iron man 3 wey beramai2.. motif sangat sebab tk tgk pon iron man dan iron man 2 tapi sebab avengers punya pasal, otak aku sangap nak pi ber-iron man 3.. 


yay this is what i got. heksaited lah sangat.saje belikan kawan kepada Hulk yg aku kelmarin time cite the avengers nun.kehkeh... apo yang penting... gua dapat jumpa depa2 ni wey...



Joe2, Hanan, Aimi, Dinie, Bun, dan Apekaboooo.. ahaks 

Wednesday, May 1, 2013

:3

As a girl, i know to have such feeling is normal.
To self, don't worry, i'll get over all these things. Sooner or later.
To friends, sorry for being such a selfish friend. It is just awesome to know that they're always supporting me and be there whenever i need some helps.
To mak and bapak, thank you for always loving me.
To sisters, thank you for always treating me and please forgive me for everything that i have done. i know my words are always harsh and i never respect them as my sisters.


Tak lawak weh kene malukan depan org.
Aku kira tu aib aku tuhhh..
Biar atas sana je yang balas..
Hati geram, aku nanges, then survive hidup utk benda lain...

Btw, tenkiu semua untuk harini.
Kata2 takkan cukup atau memang akan buat org menyampah pon kalau dikatakan banyak kali tapi terima kasih dohhhh.. Jasa baik, biar atas sana jugak yang balaih naaaa... XD

Sunday, April 28, 2013

KD loves

Its been awhile since we last met. I miss my Kd babes! :3








Yay..meet my girls.. haha my boys takyah sangat...lulz
ada yang cantik ada yg buruk gambo aku..motif sgt..

Saturday, April 27, 2013

Midterm break-sem2 yo!


Bapo lamo dah tak update blog nih! habuk! habuk! ==''
walao... cuti lagik!
kehkeh heaven ni jadi pelajar,susah2 then senang2..
pasai duk sibuk belajar2 esaimen2 then cuti2! yuhuu tapi agak ketinggalan sikit pasal uitm je yg baru cuti, uni lain dah lama kot wey..tapi tkpe dapat sikit bahang pru13 akan datang nih..kehkeh takde kene mengena sambil bajet pi ngundi lak kali nih...ngehehe... cuti kali ni kenot jimba2, duit banyak abeh dahhh..esaimen pon banyak..lifeless wey...haha

orait2 apakah motif ni??
hahha meh habaq.. haritu aku 'call me back' Jan, cite punya cite punya cite dia kuarkan pleks cite pasal blog aku nie ha..haha siotan dia bahan aku, dia kata dah bape bulan dah dia pergi tapi kt blog aku ni asek tulis pasal dia jek.. kehkeh perasaan kau an..dia siap tacing.. nah! aku pujuk balik! hahahha

Ini kawan saya nama dia Syafzan!
















Tu diaaaaaaa.. lama tak lama dah setahun jugakla gambaq nih! haha the only boy friend aku dekat uitm kot.. maksud aku yg rapat laaa yg selalu keluar pi makan pi tgk wayang sama bagai..haha mula nya dia ni kawan ainaa.. stat kenal time pi raya rumah Ainaa duluu




haa tgk tu baju aku sama tapi hari lain sebenarnyaaaa haha kantoi ah asek baju tu je lulz lulz..
ok time ni awkward gik tp lupa la cemana tah rapat..twitter kot? kot? :O cane eh Jan? Den lupoooo :O
kehkeh dia mai dari kedah.. pendengar setia Ainaa mungkin dan dia ni laki jadian aku kengkonon kongsi laaa dengan si Bella baju oren atas nun... haha


Ok Jan? haaa bila dia cakap tym Oncall tu baru aku perasan aku tk penah cakap pasal dia..hahha mangap2! Dah la satu kampung..buleh puleks lupa XD

dah chow..


Monday, April 8, 2013

ufufufufu

Bila mana ada org cakap 'silalah berpandukan pada islam' tapi pada hakikatnya mengutuk sana dan sana dan sana.. yeah i am talking about politics eventho i know i dont have right to say so because you know my knowledge toward politics is super duper shallow ehhh... i am soooo sick of these people. ya. semua org ada hak untuk berkata2 tapi jangan kutuk jangan over. anda org islam, anda tak perlu kutuk walaupun ramai yg kutuk apa yang anda sokong. as simple as that. kata ikut cara nabi? kata ikut cara islam? mak aku cakap, dosa dgn org, hilang dosa tu kalau kita org tu maafkan kita je kan? so pada siapa2 yg kutuk rosmah tu,doa2 la rosmah tu kaki pemaaf. ahaks...ok? ok stop sampai sini.

haritu aku tweet, aku tak tahu aku rindu siapa..walau yang sebenarnya aku amat rindukan mak, ayah, dan dia. ya dia. aku terbaca balik pulak yg beliau pernah tanya 'ForbiddenLover dah buang mana' lulz pandai pulak eja ForbiddenLover tu dgn caps lock nyaaa kt tmpt yg betui! ufufufufufufufu gatai mode gatai gatai... setelah sekian lama, haritu tiba2 dia mai dalam mimpi. pasaipatah..windu lettew. kehkeh or mungkin sebab aku yg dah mula melupakan? sebab malam before tido tu tiba2 terselak gambar beliau dan tiba2 muncullah pulak beliau. lulz. hows life btw? aku amek/ curik masa sikit ni nak tulis mende alah ni sbnrnya tengah buat esaimen nya pon nie saja nak bgtahu smlm pi the store beli pengganti gacchapin. dalam hati luluh hanya atas sana yang dapat selami. lulz serius nih..menda nak guna tapi hati berat gilak oh nak belik. tapi apakan daya aku akan paksa menatang yg aku decide aku akan panggil dia sbg 'Kuro-kun'.. fufufufu :3

Saturday, March 30, 2013

sedih

kesedihan yang tak dapat digambarkan bila harapan untuk Gacchapin sembuh hanyalah kurang dari 20% !
huwaaaaa :( patah hati wey... tak sangka pulak aku kejadian kurang 5saat tu mampu menyedihkan aku. ayah cakap drpd bayar rm800++ tu baik beli baru..hmmmm T_T

oh yeah btw tadi baca2 balik entri blog ni..har har tiba2 dpt instinct bahawa akan ada suatu hari nanti, mungkin 5-10tahun akan datang,aku akan malu dan tergelak bila aku baca balik blog aku nih...lulz. coretan pendek sajo

Sunday, March 17, 2013

santapan asar. lulz

Believe me, the scars take times to heal.
I might miss the old me but im so grateful knowing that actually few parts of me NOW is still same as before or same as how i used to be before.

Haha,

Jadi macamana study?
Okay...cuma makin hari makin kental dan makin hari makin kene tabah.
Aku okay je dengan org sekeliling. Senang je..motivate kan diri dengan kurangkan komplen, kurgkan benci org, kurgkan bercakap benda yang bakal menyakitkan hati org. ah ah jahat dulu tak kene jahat sekarang.. Benci dulu bukannya kene benci sekarang jugak..kenzzzz..set your mind then step your mind. Lulz leha hey! XD

Siapa aku, bagaimana aku, biar aku yang tentukan..untuk menjaga aku untuk dilukai jugak adalah aku. sayangilah diriku kataku kepada aku sendiri. lulz lagi.

motep gila aku nak letak gambor aku yg buwoks nih kehkeh

Saturday, March 16, 2013

blahhhhahah

Hai.
selamat bertemu kembali setelah 'berhiatus lah sangat' dari dunia berinternet hanya kerana ketiadaan wayar penyambungan internet...atau..mahupun tidak berwayar! erkkk...

Weh aku tak sangka aku seorang yang mampu mengeluarkan air mata saat aku duk dalam kenderaan sama ada kereta atau pon bas bila aku duk tepi tingkap sambil bayangkan saat2 yang aku tak patut bayangkan dalam kenderaan2 tersebut!

mak oi...
takde org perasan ke? TAKDE! kehkeh

oh dan hai nak cakap pasal perkara yang terpendam dekat hati pasal seseorang ni yang rasa nya agak menyuit hati saya lalu membuatkan hati comelku menjadi kecik! hmmm mcm yg aku baru tweet tadi, 'setengah org tak perasan yg sebenarnya ada org menghargai dorg' hmmm po dioo hmmmm hmmmmmmm

Tuesday, March 5, 2013

:3

Yay syukran syukur dan segala bagai sebab akhir2 ni takde konflik pon dengan diri melainkan dengan org yg mula2 kata boleh dengan aku tapi bila disuruh tiba2 tak boleh pulak! haaaa #eh mula2 bunyik macam takde masalah tiba2 ada pulak? Biasalah...sedangkan awan bergerak..inikan pula emosi manusia..tak gitu? kehkeh

Hambar sangat permulaan sem2 kali ni. Dengan kolej nya tkde, rumah sewa nya yg tak sewa2, org yg nak hantar aku hari2 pulak busy(bapak aku), 1st day dah datang tiba2 cancel..2nd tak datang tiba2 dah ada esaimen (?).. nampak kan game yg uitm tengah play ni..Tahlah..


haha tibahh..sambil blogging sambil mekap pengantin...chow

Wednesday, February 27, 2013

Set your mind

Entri ini adalah berkenaan dengan diri saya yang tengah memotivasikan diri saya.

Bila kau nangis, kau sorg je yang boleh pujuk diri kau.
Bila kau nak luah rasa, kau sorg je yang boleh dengar diri kau.
Bila kau rasa lemah, kau sorg je yang boleh motivate kan diri kau.
Bila kau rasa stress, kau sorg je yang boleh ketawakan diri kau.
Bila kau jatuh, kau sorg je yang boleh bangunkan diri kau.
Bila kau start pikir negative, kau sorg je yg boleh positive kan diri kau.
Bila kau rasa takde org percayakan kau, kau sorg je boleh yakinkan diri kau.
Bila kau nak berjaya, kau sorg je yang boleh pergi capai kejayaan tu.
Bila kau benci kt org, kau sorg je yang boleh buang rasa benci tu.
Bila kau rasa dah pergi jauh, kau sorg je yg boleh kembalikan diri kau.
Bila kau lena, kau sorg je yang boleh bukak mata kau.
Bila kau rasa kau bongok, kau sorg je yg boleh pandaikan diri kau
DAN,
Bila kau rasa kau gemuk, kau sorg je yg boleh kuruskan balik badan kau.
XD

Pokok pangkal? Takde sape nak/boleh tolong kau melainkan kau.
Takde sape2 melainkan kehendak sendiri salut dengan doa makbapak, n berkat yang Atas,..
keep walking. Stop feeling down.

Aku tak tahu apa yang aku rasa takut sangat ni.
Ada benda yang kacau nie yang meng-dup-dap-kan aku ni..
Tu pasai keluar entri ni. Haha. Apa sehh? Kata cool tapi kecut? Malu ah cenggini.

Monday, February 25, 2013

say NIUSU!~

NIUSU means NEWS tapi disebut versi org jepon ye hadek2 sekalian alam
wooooooo asal cakap pasal NewS ?! XD
ahaks its been a while since i last fangirling over them!
Put the blame on Yamapi and Ryo,of course!

Haha dengan ke-eksaited-an punya muka, 2nd sister, Peng mula la show off dvd yg dia beli kt Jepon sana sambil menyatakan hasrat hampa dia yg tk dpt masuk konsert news tu pasal tix dah abeh! ah ah ah

Walau kepemergian dua pakcik tu menghampakan tapi aku rasa dorg ber-4 takde sikit pon cacat cela malah lagi improve kot..they are way too better now... dari segi suara mahupun stage yang pakcik johnny sediakan..konklusinya aku tak paham kenapa dorg hiatus bertahun2 lamanya dulu :O


Antara yang sempat disnapkan. nie dorg buat permintaan agar lampu ditutupkan dan peminat menyalakan lampu2 mereka.


One of the performances. Ah rugi pulak tk snap banyak2. and rugi jugak tk kirim beli t-shirt konsert yg nie nampak cantikk kot. ah ah

Akhir kalam(kehkeh), diharap agar Niusu kembali dengan lebih lagu2 dan silalah berlatih dalam tarian sebab bagi aku suara dan muka dah ada tapi satu2nya group dalam JE yang tk buleh menari..

Jya ne~~~

Friday, February 22, 2013

harhar

Hahha another blog has been detected by me!
Jyeahhh leha hebat betei leha leha XD

ok ok pembukaaan entri yang secara tiba2 ni adalah kerana saja nak berkongsi cerita yang sedikit sebanyak efeknya memang ado dalam kehidupan seharian kita.

Haritu, ado orang tanya aku...cenggini dialognya...

'Macam nie ke perasaan dating?'
'lebih kurglahhh'
'kenapa tk pegang tangan? Saya nampak laki ngan pompuan tu pegang tgn'
'Laaa..kita jangan ikut dia...'

Nampak tak?
Nampak tak pertanyaan org yang pemikiran dia dah kene racun dengan keadaan sekeliling~ (eh ke dia tengah uji aku sebenarnya??)
Kalau diperati, pergilah kt mana2 sama ada shopping mall,super market, nigh market dan segalanya,
berpegangan tangan dan berpelukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mmg mcm dah menjadi kebiasaan terutamanya bila yang perempuannya siap bertudung! haaaa.. kau tk pernah pegang tangan lelaki ke? serious cakap..tak pernah! Tah..bagi aku benda ni kes yang serius yang mmg setan sukalah kan..pembuka maksiat katanya...

Jangan cakap org jauh, org asing yang kau nmpk terutamanya kt shopping mall.. Amek saje contoh2 member2 kau yg terdekat..marah sehh rasa berlaga2 pipi dengan balak,pegang tangan,duduk atas peha,cubit2..puii aku rasa mcm nak sepak jek sorg2..nasihat dah bagi, endah tak endah..kau bukan malaikat, nasihat kau mana org nak dengar..sedar la diri..okkkkkk... T_T
Mintak maaf kalau terasa. Ini saje yang mampu..nanti jangan carik aku,salahkan aku, kata aku tak warning.......................................................................................

haha emo lak kau leha..




Terlalu

Terlalu rindu.
To the person who used to bahan my old tweethandle. Yamashita Julaiha.

I dont know how to express it properly.
This is the uncool side of me and doesn't seem like me,
But somehow i want to tell someone and it could be anyone, that i've been missing you since you walked out of my life, and smile.

nahahaha

fangirling over Ohno.
menyempat.
haha

Tuesday, February 19, 2013

:D

i dont own this video! i downloaded this video years ago and credit to the owner of this video and also for the lyrics! :3

ahhh dengar lah wey lagu nie tak tahu apsal aku bukak aku meremang hati berkicauan bak burung kehkeh..lagu noe comel sangat..i am in love! erk with this song not with human or any living things lulz..

Sunday, February 17, 2013

saya Julaiha

Banyaknya yang terbuku dekat hati..especially pasal diri sendiri. Ya! aku memang tengah ada big conflict dengan diri sendiri.. aku rasa aku tengah berada dalam zone takut untuk berhadapan dengan apa yang bakal aku hadapkan! ah! tapi jangan risau..sikit pon tak suruh sape2 untuk faham, untuk selami, untuk dekati.. cukuplah Allah, penolong bagiku. TAPI, kalau ada yang sanggup renangi dan temani bersama, anggap jelah itu kurniaan nikmat dari Dia. ahaks ayat~

Baca entri kakak sulung aku..dia cerita pasal dia apa yg dia harung as kakak sulung..not bad..aku tahu,susah..tapi kau dah banyak buat yang terbaik untuk 3orang adik perempuan kau yang lain..kau kakak yg pandai..walaupon kau agak malas tapi kepandaian otak sbg student mekanikal engineering kt uia, kau jadi baja untuk ktorg pandai mcm kau jugakk..dilahirkan dengan keluarga yang susah...serious cakap, kalau dengar mak cerita kisah mula2 hidup dulu memang boleh bergenang air mata..alhamdulillah walaupun aku tk pernah duk rumah setinggan..cukuplah dengar cerita mak dengan ayah, aku tekad, kalau aku mampu, aku akan cuba bagi mak dengan ayah keperluan yg cukup walau apa yg ktorg ada ni dah lebih dari yg cukup banding dengan dulu..mak cakap dulu hidup,beli nasik bungkus satu kongsi dua laki bini,sekarang dua bungkus utk ayah je..alhamdulillah..semua dengan izin Allah.. aku bukak entri cerita benda2 nie bukan apa..aku baru je mintak sesuatu dengan ayah lepastu kene ceramah dan buatkan aku tersentap! Dulu kenderaan basikal..tapi aku tk pernah la hidup zaman jahiliah tu..kenderaan 1st aku naik, lori..ye..dulu bapak aku ada lori je..lori yg bagi dia rezeki tapi aku malu nak naik..apa kene aku ni?? sedih siak..ahaks..

Mak cakap, org susah mcm dia sorg anak je dapat masuk universiti dah kira ok..haha tapi mak tak sangka, semua anak mak dah jejak U ! Nasib nasib..mak dulu tk pernah sekolah, ayah pulak sampai SRP..pasai pa? malas pi sekolah? dok aihhh..dengar cerita, takde duit..ceit!
Pasal agama pon, walau depa bukan kaki masjid, aku syukur aku still mampu carik jalan lurus.. haha dahla leha buat ayat jek reti! kahkah

Dalam byk benda yg dikecapi bak Malaysia yg mencapai kegemilangan pada tahun 2013 dari 1957 tahun dulu, ada jugak yg ktorg tk capai2..iaitu JODOH! hahha..tak taula badi ke apa tapi mintak2 janganlah..tadi mak pi rumah org kawin, org tanya mak 'Bila nak bermenantu?' Mak diam jek. Jiran aku yg marahkan org yg tnye tu. Sibuk jek dia kata. haha bukan sekali mak kene jawab soklan cenggitu.. Aku tau mak cakap kt mulut dia tk kisah tapi kt hati, dia doa kakak aku dpt jodoh cepat..30 dah kot wey.. tapi dia baru 30..cemana pulak dengan aku yg plan nk kawin umur 32 nihh?? maaf mak ngan ayah!! XD

eh kenapa nak kawin umur 32 doh? Taklah. tu aku plan je. Paling cepat pon 30 atau 31.. kahkah tapi biar jelah yang paling tahu menentukan..katakooo XD haha entahlah. dengar cite akak aku nk kawin tahun nie..sedih weh dengar..walau tk rapat, tapi aku rasa ktorg rapat sbnrnya..nk nanges pon ada..jangan pergi!!!! <------- cmnie lah perasaannya.. haha tak tipu. Lulz.

Keadaan sekeliling byk mengajar..aku bertuah gak ah walau baru 20tahun, byk gak ah pengalaman dah ku timba..lagi2 dari segi bercinta...kahkah kelakar kau leha. dalam segi berkeluarga pon tk kurg jugak.. trimasss keluarga belah mak ngan ayah sebab jadi watak masing2 yg amat berguna utk aku jadikan teladan utk kehidupan akan dtg aku......katanya....... XD

Tuesday, February 12, 2013

:O

"they do fall in love, it's usually with a person who makes them think and laugh."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 4, 2013

Monologue



' I am mad... dont you know? '
' Why are you going without telling me? '


Thursday, January 31, 2013

20 !

'SYUKUR, 
aku masih disini
SYUKUR,
 aku bernafas lagi
SYUKUR,
 aku masih berdiri 
masih ada kuasa dalam tubuh ini!' - Altimet



Yay !
sempena entri yang ke 300 tepat nie haaaa...
HAPPY BIRTHDAY SHOUT TO MYSELF!
hahha woi bunyi bapaklah saiko sehhh wish dekat diri sendiri! hahha
Akhirnya baby seberat 3.82kg lahir pukul 4.50 petang tahun 1993 dulu nya kini dah 20tahun!
mak aii..dah dua dekad sehhh XD

Hai..today is 31.01.2013 !
cantik kan number..memang favourite number ponnn..31 dan 13 tuhhh..


Sangat kekanak-kanakan..tapi sempena 20tahun nie memang aku demand kek dan alhamdulillah dapat! XD cuma 2 batang lilin besar tk dapat T_T



Haaaa ini dia patung Mr.Bean Makndak bagi time balik kampung haritu. haha happy sehhh sebab dah lama nak! Nama dia aku bagi B-chan :D


Stay up lambat malam tadi, nak kata layan org wish tak la sangat sebab tk berapa da org nak wish, bangun pagi pon sama..taaaaaaaaaapi ! yang paling eksaited, time aku baru lepas kemas rumah jek, nak mandi, taaaaaapi hati nak bukak twitter dulu..dannnnnn..nampak benda bawah ni!


ALTIMET lahhh siot!!! How did he know??????
Niat kt hati malam tadi nak mensi dia suruh wish aku tapi kau tgk tweet tanpa disuruh ni is way toooooo sweet..weh altimet sweet gila wehh..could feel it thru his tweet! Honestly, i was shaking when i saw this tweet and cant stop smiling like kerang busuk cant you tell how happy and excited i am! haha This is more than enough weh! Terima kasih bro XD Takkkk..bukan eksaited apa, dia celebrity crush aku kott.. haha yeahhh XD ooooo kotarayakuuu XD




jyeahhh..two of the feedbacks XD

Sempena dah 20tahun ni, aku harap aku lebih cekal, matang, serious, lebih menghormati orang, terus gigih mencari ilmu Allah dan semoga aku sentiasa hidup dengan rahmah dan barakah dari Allah... bro, wish you were here so that i could print screen your wish to me...redha...

and not forgotten to Yabu kota and Katori Shingo whose share same birth date as me..
weii bukan senang nak ada sama bday dengan Johnnys members! XD

Also, to Nicholas aka Nick  my twin brother!
haha he was my classmate during foundation year.. Happy 20th Birthday bro :D


yay !

and thank you buat entri untuk kita jugak XD

p/s ; sorry lappy kita tkde snapping tool..terpaksa guna camera bb yg lopeks ni


Haha..sebenarnya nak menunggu 21 tahun!
bukan sebab mengundi laaaa.. haha sebab 21 adalah umur legal kt Jepon!
oleh kerana jepon adalah rumah kedua, maka keberkatan kedua2 negara kenelah ada..
Malaysia dah capai dahhh.. haha Semoga aku mampu untuk bukak entri untuk birthday yang ke21 kelak... Allah, tingkatkan keimanan ku kepadamu ya allah :)


Friday, January 25, 2013

Love

At the age of 20, i decided to not to get married just because I can't cook and I am sure that I can't give at least 70% of my efforts if i get married??

wait!
Is that true? I am asking myself if the statement came from my heart or my scumbag brain? XD

All i can say now is i am in love with a man..oh yeah i am supposed to call him a man since we're 20years old right? haha yeah I'm in love with a man but the pain of the truth is, the man is not mine..he can't be mine forever as he belongs to the one up there, Allah.

Keep praying to Him,
believe in qada' and qadar because if it is meant to be, then i will be. Insyaallah.
see you soon :P


Tuesday, January 22, 2013

its 31

Who doesn't know that my most favourite number is 31 ?
Lulz so you're saying that everyone should know your fav number which is damn annoying??? haha blabla...

woot.. its 22nd of January! BIG BIRTHDAY SHOUT OUTS GOING OUT TO DIBAH !! or also  known as Bidadari of 31 maybe?? haha you've turned into 20years old lahhh... haha but no worries i'll be on my way soon.. XD what's new??we had fun at the curve yesterday wehh.. a birthday celebration in advance for dibot as zura is going to her home today so we plan to celebrate it yesterday and we made it though we only jalan2 and makan2 and tangkap2 gambar haha still la deep in my heart, i am soooo glad knowing that i still have some of 31 members around me..sobs sobs touching wehh.. 

so lets proceed!
haha few days back i've been google-ing my name and please dont judge too fast hahaha i just want to make sure and to check how famous i am and how they can find me when they google my name and.... Aida's blog!! woot i found Aida's blog! haha sweet gila weh dia kt blog  tulis pasal 31.. I told Bella and Dibah and Bella said it is my turn to open an entry about 31 members and here we go! :D

Ha nak tanya! Cemana nama 31 muncul sehh?? Dahlah fav number 31, lahir tarikh 31, and buat member plan nama 31? WHY ??? Ini nombor bilik masa sem1.. haha dan macamana pulak 31 terbentuk?? ewahhh... ahli asal hanyalah 6 orang sebenarnya iaitu Aku, Ainaa, Aida, Bella, Mek, dan Dibah.. kenapa? Mana jumpa mereka? Ainaa ngan Aida adalah rumet saya, Dibah adalah takdir sebab dia jumpa time MDS sebab tiba2 duduk sebelah Aida and aku bisikkan dekat Aida, 'weh dia nak kawan kita ke' ohmannn sangat kanak2.. Bella ngan Didi pulak ialah classmate utk lecture aku dan merangkap jiran sebelah menyebelah.. Haha then ktorg kawan2 bagai and aku jenis yang tak suka ada effort antara classmate dengan roomates so aku pon bawaklah Zura, Fifii, and Naneem join 31.. haha semua nie unplanned sebenarnya and tah macamana 31 terbentukk and what's soo special pasal 31 ialahhhhhhh ktorg ado gelaran masing2 yang comel! hahaha...

1- Taiko/Leyhot/Makyam/Jahanam2
2- Ayahanda/Bellot/Jahanam1
3- Taiko Tai/ Azurot/ Zuru
4- Bidadari/ Dibot/Bobot
5- Budak Kecik/Ainot/Cipcip
6- Aidot/ i wont i wont/ haha tiba2 lupa T_T
7- Neemot
8- Didi lopezz/ Mek/ Didot
9- Fifii/ Pipot

Firstly, Taiko ke ayahanda ke bidadari ke.. tak tau mana datangnya gelaran macam tu.. my role konon2nya as a Leader of all and memang poyo.. tapi apa yang aku nak dorg tahu, walaupun aku banyak buat hal dengan dorg, suka ikut kepala sendiri, selfish, bengis, suka dengan pendapat sendiri, tapi aku puji dorg sebab dorg stay dan sanggup stay dengan aku sampai sekarang wahhh i am touched! Leha is touched ! XD tak tahu macamana nak berterima kasih dengan dorg tapi hanya mampu berdoa dan berharap agar 31 stay kekal diberkati haaa sampai ke syurga kelak Insyaallah :D



Haha yang nihh budak kecik atau lebih manja dengan aku dengan panggilan cipcip.. walaupun dalam family dia nie level anak sulung tapi dalam 31 macam anak bongsu sehhh haha pantang disakat, merajukkkkkk..tapi takpe..kami semua dah paham..kami dah paham sesama sendiri..selalunya kalau apa2 dia nie akan suruh aku tolong bagi opinion and decision walaupun itu berkaitan dengan bf(now ex) dia sendiri.. haha kelakar..tapi dia banyak berjasa dengan aku dan takkan aku lupa..dia selalu dengar luahan hati aku(kahkah) and dia lah yang tolong aku dengan Mun dulu :3 kihkih apa2 pon dalam 31 dulu memang best kalau bergabung dengan dia buli Aida ! XD



Ni Aida Adibah Anuar ! haaa hamek! haha dia ada kembar sehhh.. apa yang best dengan dia nih? Tahlah dia nih kan suka gelakk tau dengan apa yg ktorg buat.. haha walaupun begitu, time asasi dlu femes sehh bangga tak bangga la kan tapi maaf sebab sisa kau aku kutip bahaha kita memang suka berkongsi kan kahkah dalam bilik dia suka hangguk2 kepala pakai earphone and idk whether setiap perbualan ktorg dia dengar atau takkk..walaupon dia pakai earphone mcmtu, kalau dia tkdo dalam bilik tu mmg jadi tnda tanya sehhh.. haha lagi satu, dia ni pemurah.kalau org nk barang dia, dia suka cakap 'ameklah ameklah' kahkah mcm dah jadi trademark dia.. papehal pon...lebiu lah aida! XD



Ah si dibot nihh?? Budak damansara nihh?? hahaha aku rasa since rumah ktorg agak dekat, aku paling banyak spend time dengan dia ni ah kot? cuti jek ha stat la kl ke ou ke curve ke.. Dibah seorang yang sekepala..dia memang dengan pandangan dia..and dia pernah cakap yang ktorg tk kenal dia yang sebetul2 nya haha tapi jauh disudut hati aku sebenarnya tahu yg dia ni sebenarnya jenis yang macamana..haha dia ado banyak abang tp tak tahu kenapa dia tknk aku jadi akak ipar dia..hmm antara aku ngan dia apa yg sama tu banyak..antaranya dia anak bongsu sama dgn aku and aku rasa aku dengan dia dua2 ego tinggi tau.. haha well sep dibah sep XD make sure kau kawin dulu before aku ! XD 




Haaa dia nielah yang suruh aku tulis bebenda pepanjang nih sume! hahha Hi bella.. me rindu you sooooo much!! >.< tapi apa yang aku benci dengan kau sekarang ialah kau dah kurus dari aku ..sobss..dibah jelah geng sebentuk badan dgn aku skang nihhh..hahha apa yg special nya tek nihh dia gila sehhh haha tapi versi yg baikk..dia akur dengan setiap tindak tanduk member yg lain..aku penah tersakiti hati dia sekali and menyesal dah skang nihh..apa2 ponn dia memang best among the best..dahlah bawak laksa sarawak kasik ktorg makan..ewahh moga tabah dengan si kaya yg tk guna tuhh kahkah haa and lagi satu.. muncung itik dia terbaik! wakakka



Haha badan kecik tapi suara besar, nafsu gatal besar sama dengan aku.. hahha mek rindu kau mek baru semalam aku mimpi kau.. skang dia budak MA sehhh under SPA plakk..dia nih cakap suka ikut guna kepala otak dia tanpa pk orang lain..thumbs up..kalau ngan menggatal jom dengan dia memang best! hahaha mek ni ado sikap mcm kekakakkan sikitt..ada anak buah yg comel dan pakwe yang ramai tapi setia pada yang satu mungkin..kema? XD paling seksi antara yang terseksi kerana berani menampilakan diri dengan seluar versi jLopezzz..haha thats why nama didi lopez dah melekat dengan dia XD


Haha ini nama dia Neemot aka Adik ipor aku.. haha abang dia dua orang hensem wehh dan alhamdulillah dia approve aku jadi akak ipor dia..hahha Naneem dalam diam2 ubi berisi tau.. haha tapi dikenali dengan seorang yg akur dan lemah lembut..kata kauuuu.. hahaha time dia clash dulu, aku ternampak dia nangis smbil tgk phone..haha maaf2 tk bgtahu kau yg aku still tk tido time tu..haha kalau nak buli, buli lah dia nihh..best sebab tk melawan balik.. hahaha lebiu ah neem! and lagi satu..dia bakal jadi junior meskom aku ! XD



Hi ini lawyer to be tauuuuu.. hahaha dia dengan bapak dia sumpah comel wehhh..itu natural tau..dia mungkin tk perasan..haha dengan manja2 dia rasa nk cepuk jekk..suka jugak dia buli aku T_T tapi tkpe kalau nk buli dia, cuba imitate cara dia bercakap..hahha dia ada bahagian yang cool..anak bapak yg bertuah sebab pekerja bapak dia selalu amik dan hantar dia balik uitm..jelly wehhhh..dahla sekarang dia lost weight gila2..respect gila sehhhh (Y)




Last but not least ! Fifii ! hahha dia nih jenis yang pelik..tak sapa tahu apa yang dia nak dan apa yang dia aim dalam hidup dia..bila orang bangkang cakap dia, dia akan cakap ok tapi kita takkan tahu jauh sudut hati dia ada dendam atau tak sebenarnya hahha org mcm dia nie lagi satu aku dapat paham..ada konflik sikit tapi insyaallah semuanya akan ok tak lama lagi..good point dia is dia suka gelakk and makan ! haha dia suka panggil aku juju dan itu yg pentingnya! XD



Kalau nak cite pasal 31 memang takkan habis..tulis yg kt atas2 ni pon tangan aku dah lenguh sebenarnya.. tapi apa yang unik, walau ktorg baru jumpa beberapa bulan, ktorg dah rapat mcm beberapa tahun..masing2 unik dengan cara dorg sendiri dan Alhamdulillah dorg memang dah tertulis dalam luh mahfuz aku dekat sana..dorg memang dah tertulis utk dipertemukan dengan aku dan aku amatlahhh bersyukur dipertemukan dengan dorg.. inilah yg org kata, jumpa yang baru jangan lupa yang lama.. haha rindu jugak dengan member2 kd :3

Semoga hajat aku nak pergi umrah dengan 8orang geng 31 semuanya ni dimakbulkan Allah..insyaallah lagi beberapa tahun kalau dpt keizinan dan persetujuan semua pihak.. itu akan jadi hadiah yang paling bermakna utk aku..walau aku tk berani cakap depan2, aku nak dorg tahu, aku appreciate dan sayang dorg walau apa jek yg menimpa ktorg..jarak bukan dinding pemisah persahabatan walau ado yg duduk kt seberang laut sana.. haha chow XD

oh btw ktorg ado baju sama tau ! haha walaupun bukan semua ada.. XD







Wednesday, January 16, 2013

selami dalami fahami

Andai kata2 yang timbul dalam kepalahotaks mampu dibaca oleh orang yang berada disekeliling!
har har kadang2 harapan seperti itu aku letak sangat tinggi..pasaipa? Aku selalu diam dan orang akan tafsirkan yang aku sombong(oleh org jauh) dan tengah ado dalam perasaan yang penuh emosi(oleh orang dekat).. Macamana nie leha?? Sampai bila nak orang tahan dengan perangai selfish hang tuuuu?? ohmaii.. kesian jugak kadang2 dekat diri aku nih sebab tk pandai langsung kawal diri sendiri..Sampai bila nak salahkan keadaan sekeliling yang menekankan jiwa kau sampai kau luahkan kt orang2 sekeliling?? Mungkin akan tersedar bila orang2 sekeliling dah takde kt sekeliling kau and jang2 tuuuu la agaknya baru nak kau hargai sorang2.. Mungkin...

Pernah jugak aku baca tweet sorang makhluk nie, dia kata dia rasa dia lebih patut berseorangan sebab kalau ado kawan pon macam takdo?? haha gelak je tengok..cubalah kau hidup tanpa member..jangan tipulahhh..kau mungkin boleh gebang org dengan tweet kau tapi bukan dengan diri sendiri.. aku pernah makan sorg, jalan kt shopping mall sorg2, wayang sorg, setel things2 sorg and ini selalu berlaku..dah biasa..ya..dah biasa tapi meh sini aku nk habaq ehhh..sunyi beb... harhar

Kesiann...
elok2 ada kawan baik, pi buang jauh2 pasaipaaa lagi pulak nihh??
mungkin patut belajar untuk lebih bersyukur la aku rasa dan jangan duk ikut sangat dengan perangai syaiton yang beremosi yang sedang menyelubungi diri tu mungkin? ahaks...

Sometimes, the simplest thing can be the most precious thing, of we know how to appreciate it. Best qoute for today's preach from Mr. Aiman Firdaus, a friend to arwah..  it's FRIENDSHIP ! the most simplest and precious thing! Please please please appreciate people around you! XD

Sunday, January 13, 2013

koi no ABO


'Hati ini bukan milikku lagi~'
'Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu~'
'Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu~'

Thursday, January 3, 2013

Happy 2013 !

Weehuuuu..
Its a brand new day..
Welcome 2013.. Thank You Ya Allah for giving me chance to live up until now.. Its 2013 yooo.. Its a 'keramat' year for me because I'm turning 20 soon! Woahh no more baby teen! Haha

Karot sia...
Selamat Tahun Baru kalender cina kepada semua org yang menyambutnya... Hati suka tk terkata bila tahu ado org yg masih sayang kita sampai hari ini..orang datang dan pergi.. Yang datang, terus raikan dorg dan yang pergi, kita terus doakan mereka dan jangan dibuat musuhh.. Wahh kata kau leha? Over nampak? Kehkeh. Saje bikin kontroversi..esok 1st paper kannn nak finals nihh 1st time untuk degree katanya.. Bersedia dah ke? Jujurnya tk muntah mana pon aku baca..rileks2 sempoi2 sudahhh..yang penting keberkatan dari Allah mak dan bapak, kemaafan dari rakan2 dan kenalan..kpd adek yg kata dia sayang kt kita jugak tuhh wah terhareww XD

Getis malam2 buat patut tidur sebab takut esokk byk termenung je kt kompleks sukan tu kang haa cemano? Daaaaa~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 31, 2012

Kekkoi shinai

' I wonder if I can become a person who is needed by someone?'


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 29, 2012

Bulan yang ke-5

Al-fatihah...

Mun, 5bulan dah kau pergi harini.. 29hb julai 2012 haritu.. Hoho aku update nie tepat pukul 2.30 petang..kalau 5bulan lepas aku dekat baskin robbins tengah menangisss mcm nak banjir br tu sambil angkat kol sana sini, msg sana sini, bbm dgn adik kau dan smbil ditenangi oleh seorg colleague, Iman.. Ingat lagi..time aku dpt bbm dr adik kau tu..aku cakap ' ehh takkanlahh..tak kot' then aku letak phone aku..dlm 5minit baru aku amek balik phone aku and baca and sebarkan dekat twitter..semua org terkejut mun..semua org! Tapi benda tu betul.. Waktu cmnie kau tengah baring dekat hospital sungai buloh sana nak tunggu dibuat post mortem.. Kenapa hospital sungai buloh??? Dahlah 2-3 hari before kau pergi tu,kita ada melawak pasal pergi Hospital tu..tapi aku tak sangka pulak yg kau akan pergi sana betul2.. Takdir Allah..

Haritu adek kau tanya..apa yg ada kt kau sampai dikenali ramai dan lecturers sume pon boleh kenal..aku terkedu tk boleh nak jawab apa... Haha apa yg ada kt kau sehh?? Time sekolah dulu selekeh jekkk..takde sape amek tau pasal kau.. Haha apelahh.. Aku rasa aku pon tk mampu jadi mcm kau andai kata lah aku pergi awal jugak mcm kau.. Org mensi kau tk kira masa walau kau dah takde..betapa ramainya masih ingat dan rindukan kau. Ewahhhh..malam tadi sempat ber-emo sekejap dengan mirul..aku ckp ngan dia aku rindu nk men mensi twitter berangkai(mensi sekali 10) dengan kau. Seryes.buhsan kot aku kt twitter rindu nk cm dulu..hehe

One more thing,aku tak tahu betul ke tak and malas nak tanya adek dia..tapi aku rasa harini ada majlis tahlil kot... Takpe..hikmah aku dah nampak dahh..walau tak menyeluruh tapi aku dah nampak sikit hikmah nya wehhh..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 27, 2012

A day with little brother :3

Haha hambuih dah ada little brother ke kak? Hoho mestilahhh.. Thanks a lot mun..terima kasih banyak..pasai pa? Walau kau dah tkdop, kau hantar adik kau kann..bukan apa..dpt laaaa aku keep in touch dengan family kau! :3 wah gitu..

Kehkeh.. Tk jangka pon akan keluar dengan dia..tapi pasal dari awal dulu ponnn dah cakap nak belanja dia lagi2 makan Br so kenelah tunaikan.. Haha dan dia ponn cakap nak belanja krusher..yay alhamdulillah tunaikan dah tadi..sambil2 pi tgk movie jugakk..hoho..

'Inilah masa nk rasa kasih sayang sorg akak..betul saya ikhlas nih'

Haha tak tunjuk muka terharu tp dalam hati..phewww terharu gila bak ang! XD haha dia tkdo kakak kann sume anak lelaku.. yeahh aku ponnn terasa jugakk..yelah anak bongsu kata kauuuu..*padahol XD
We didn't talk much about arwah..and yeahhh he is different from arwah.. Aku ingat dia rapat dgn arwah tp tiba2 dia cakap td dia sebenarnya tkdelah rapat sangat. And ada buku yg arwah tulis dorg tk buleh paham sebab tulisan buruk..apa agaknya.. Sempat jugak tadi dia pau aku belikan dia barang dari daiso..haha dia amek lampu and little pouch utk si emak :3

And btw tadi sempat jumpa fararararrarrararara aida! XD yeeehaaa rindu sehh si gebu tu lama tk jumpa yeeehaaa sempat gosip sekejap rasa nak tampor jek sebab dia malu2! Hahha beb nanti lepak ehh XD

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, December 14, 2012

Wordy words

Haha.
Mcm yg pernah aku cakap, aku percaya dengan 'the power of words' even 'the power of words in one song' .. Asal dohhh.. Haha haritu pergi Putrajaya utk berjumpa dgn Tun.M .. Hanya Allah je yg tau perasaan aku tuh.. Haha time lunch ado duk semeja dengan random pakcik,tukg main saham. Sempat dia bercerita bg nasihat.. Nasihat utk org muda2 dia kata.. Kalau kita nak buat apa2,pasang niat awal2 ! Haha memang hebat lah.. Semua pakar motivasi cakap benda sama..

Nak tau apa jdi? Saja nak habaq..
Benda tu memang menjadi ! Haha baru terjadi 3benda yg aku baru buat pagi ni sebab aku dah niat utk malam tadi..walaupun terlupa,bila kita dah brniat,maka akan teringatlah balikkk.. Haha

Apa yg aku buat? Hmm pagi smlm tertinggal subuh..malam td berkeras aku nak bangun subuhh..sebab apa..malam td aku tk dpt tidur, dlm 2.30am baru lelap..tp berjaya bangun sebab awal2 dah pasang niat ! Alhamdulillah ! XD secondly, before tidur tu betri abeh..letak betri lain then pasang niat nk chrge betri kong tu supaya dpt bwk g klcc esok..manatau abeh tgh jalan ado extra..walau dah baring ni, ttbe teringat and pergi amek! Wooooo XD and lastly, singlet kt bilik air lupa nak basuh..dah niat mlm td nak basuh opkosss and yay baru je lepas basuh! XD

Yayayayyayayay for me! XD
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 6, 2012

:)

'Allah tk bagi apa yang kamu perlu tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk kamu'

Ayat klise yang coach ejul, org yg conduct ktorg tym kem semalam..tersentak hati naluri jiwa raga aku nih..

'Bayangkan jasad org yang kita sayang dah takde disisi kita tapi dia selalu ada dihati kita'

'Ingat, sentiasalah berdoa'

Pergh..banyak baii aku dapat pergi kem sbtu ahad lepas..utk aku yang jahil yg nak carik sinar memang memang layak la diconduct oleh 2org coach yg memberi motivasi/talk yang berlandaskan islam.. I meant mcm dia selit2 ciri keislaman dalam ceramah motivasi dia utk menyedarkan kami secara perlahan2.. Wahhh...

Kem nie best sebab cara dia sangat lain mcm kem2 yg aku pernah join. Santai gila beb walau terasa berdosa sikit bila mandi ramai2 kt air terjun nun..tapi ini memori yg tk dpt lupa! Haha dapat la jugak classmates aku tgk perangai sebenar aku. Alhamdulillah..kami agak rapat sekarang. Takdelah dorg anggap aku pendiam je kan. Kehkeh..

Bila balik, try aplikasikan apa yg diajar..aku buang perasaan benci kt org, alhamdulillah..memang hilang weh..torai lahhh XD ... Kihkih looking forward to join motivation camp like disss..hewhew
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone