Kata-kata aku mungkin bukanlah bak seorang pujangga yang sedang berbunga hatinya ..

Monday, March 23, 2020

koyak

Sumpah mental tengah koyak doh. Help!

Monday, February 10, 2020

Hai Bulan

Bulan yang dirindui. 

Selepas lebih kurang 7 tahun (kot), dia akhirnya muncul kembali ketika aku dilenaku. 

He really came into my dream last night! Umpama doa yang dimakbulkan sebab sebelum aku tidur, duk scrolling twitter, aku ada nampak video seorang ibu memakai satu VR device untuk melihat anaknya yang dah meninggal dunia. Fungsi dia umpama gambaran anak dia ada disitu tapi bila dia nak peluk pegang usap, anak dia takde pon kt situ. Berkaca gak mata sambil aku terfikir alangkah seronoknya kalau aku dapat peluang macam tu juga untuk tengok mun. Tup tup dia muncul. He was damn calm. I was damn calm too in my own dream. Tapi dalam tu aku macam ‘wehh betul lahh dia’. Dalam tu aku macam borak2 biasa je dengan dia sambil tenung teliti pandang tepat ke arah dia. 

Hahha tu jelah yg dapat dikongsi. Rasa teruja lain macam. 

Ya, mimpi di malam hari memang mainan tidur. 

Saturday, January 4, 2020

new year new resolution

Tak mintak lebih, cuma nak kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam hidup. Semoga sentiasa murah rezeki, dipermudahkan segala urusan mahupun untuk diri sendiri atau melibatkan orang lain. Semoga tabah kuat cekal redha menghadapi rintangan cabaran dan ketakutan yang ada dalam diri sendiri. 

Nak jadi yang terbaik, lebih baik dan lebih baik lagi. Bukan untuk siapa2, tapi untuk diri sendiri. 

Amin.

Monday, November 25, 2019

penat

Penatnya aku dengan diri sendiri siapa je yang tahu
Penatnya aku dengan ego sendiri siapa je yang tahu
Hakikatnya aku sendiri tak faham dengan kehendak diri, macam mana dan kenapa. Apa dengan diri aku ni? 

Kawan2 pon semua kau palau. Aku tahu mungkin bersebab. Tapi takpe ke? Pujuk diri. Kalau kehadiran dorg buat diri tak selesa, kata self love kan? Kenelah tu dengan perangai tu. 

Takut tergelakkan diri sendiri je nanti.

Sabar jelah dengan diri sendiri.

Wednesday, October 30, 2019

Yang Maha Mengetahui

Sesungguhnya, tak boleh nak sangkal lagi. Allah, selaku Pencipta hambanya, maha mengetahui apa yang terbaik, apa yang perlu dan apa yang akan membahagiakan hambanya. 

Bila dahulunya kita tersangat nak kan sesuatu tapi tak dapat, kita persoal Dia, kenapa? Sakit hati, marah, dendam tapi bila lama kelamaan, kita dah nampak kenapa, barulah kita faham. 

Aku bersyukur sangat2, apa yang dahulunya yang aku nak tapi tak dapat, aku tahu, Dia rancang segalanya sebab Dia tahu bahawa itu bukan terbaik untuk aku. Dia tahu, kalau sesuatu benda tu terjadi, mungkin perakhirannya menyedihkan. 

Aku rasa nak nangis sangat2, aku rasa nak mengadu, aku rasa nak didengari, tapi sesungguhnya aku takde siapa2. 

Monday, October 21, 2019

no good

When they told me

‘Hey Julaiha, your english is not good, and your BM also is not good!’

‘Do better job next time or i will sack you from here’

Sakit kan? But how can a person, who rarely know about me, can describe well about my weaknesses? Salute!

Thursday, September 19, 2019

its time

Yes i guess its time to move on. To move on with my life and to move on from this sad and gloomy blog. Nak mulakan semula yang baru dan nak berubah of course ke arah yang lebih menyakini haha drama tak habis2. 

Mesti pelik sebab apa kan. Macam biasalah. Sebab dah penat. Dahlah tak tahu rancangan masa hadapan dalam hidup, takpe kita kekal follow the flow jelah ya. 

Friday, August 16, 2019

Fake people gonna fake

Sometimes i think some people dont deserve my kindness at all. They just dont. 

Im giving up now. And i will keep and keep my distance from anyone now. 

Monday, July 29, 2019

7 tahun

No more tears left to cry. 

Rindu masih rindu. Tarikh yang masih dinanti. Setibanya ia, hati hanya mampu membisik rindu tanpa seungkap kata. Hanya tarikh ini yang dapat mengingatkan aku kepada dia. 

29.7.2012.

Tak sabar nak jumpa kt sana nanti. Sebenarnya bukan takat ayaq mata je, kata2 pon dah takde nak dilorekkan. Memikirkan aku bukanlah siapa2 untuk meratapi kau, tapi ingatlah bahawa doa kepada kau akan terus aku titipkan setiap masa. 

Wednesday, July 17, 2019

muzukashi

Please wake me up only when my emotion is stable. 

I literally hate everyone right now except my family. This feeling is just indescribable. 

Sunday, June 16, 2019

itai

Im such a loser. 

Penatlah hari2 nak kene nangis sebelum tidur. Its sickening, and tiring. Seriously.

Sunday, March 10, 2019

Trust no more

No words could describe how dissapointed i am right now.

For me, trust is a fragile thing. Once it is broken, you can never ever fix it. Although if you could, it would never be the same.

It is not the ego. It is the trust. Trust me. 

Once i have thrown away the trust, it will never come back. I am dissapointed with everyone right now. So leave me alone.

Tuesday, February 19, 2019

i am..who?

Cuba cakap, cuba sangkal, indeed, the happiest person is actually the loneliest person on earth. I am definitely talking about myself as that is exactly what i am feeling right now. 

But sometimes, i do admit that i dont really know how to feel. I am not happy nor sad. It is just feel like there’s something wrong inside me as if i have done something wrong to my life, myself. But what is it?

If i could ask for some helps right now, i would do it.  

Complicated. 

Wednesday, January 23, 2019

kenapa

Entah kenapa jiwa rasa tak tenang?

Tolonglah

Tuesday, November 27, 2018

Dedication post for nenek sayang

Salam nek,

Rindulah. Rindu nak tengok nenek senyum. Manis. Harini dah 7 hari nenek tinggalkan anak2 dan cucu2. Rindu tapi takpe org redha nek. Tapi tulah, kalau teringat je kt minda ni pasal nenek atau tertengok gambar nenek kt phone ni, berkaca mata ni nek. Tak sangka, nenek pergi tak tunjuk tanda pon. Alhamdulillah, nenek dapat dikebumikan sebelah kubur atok. Hajat nenek kan. Maksu cakap sebelum nenek pergi, nenek asek cakap je bila atok nak datang. Sweetnya nenek. You are in better place now nenek. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah segala dosa-dosa nenekku, kau lindungilah dia dan kau kasihilah dia Ya Allah. 

Takpe, rehatlah kt sana syurga sana tu nek. Insyaallah, nanti kita jumpa lagi. Nak peluk nenek ketat2! Nak cium nenek lama2!

Sunday, October 28, 2018

random sunday quote

“Death leaves heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal”

Wednesday, October 24, 2018

Do I look like I care?

Tengah ponteng kerja. Ponteng kerja sekejap dek kerana pagi ni kene attend meeting bodoh sebab company nk suruh tubuh new department, on top of department sedia ada. So aku ada dua reporting line la? Pergi mampos. Pertama kali aku buat perangai macam ni dalam tempoh 3-4 tahun aku kt company tu. Dah tak tahan. Company bodoh, boss bodoh, colleagues bodoh. So pagi ni kita goyang kaki tunggu kul 10, kita masuk office. Lol

Monday, October 22, 2018

sedih

Hati tengah sedih. Walhal period lama lagi tapi entah. Last week, ada satu malam bila nak tidur tu, tengah sedap scroll social media accounts aku sume tiba2 aku tutup sebab hati sakit sangat. Patah hati ni tak main2 tau. Dia punya rasa terhiris tu real and nak hilangkan satu jela, nangis. Habis je, rasa lega dan terus tidur. What was that doh? Seriously, i couldnt tell at all why and what led to my broken heart. 

Tapi apa2 pon, aku agak happy sebab dah boleh bukak blog dalam phone baru ni so tak perlu depend on my old phone, yay! Dah berapa lama cuba dan cuba dan akhirnya berjaya. Been living in my blog since i was in secondary school lagi so its been more than 10 years. I’ve been talking to this blog a lot and i have to admit that it helped me alot to relieve my stress. 


Till then. 

Sunday, July 29, 2018

Mun - 6 tahun dah



Sekali lagi, tarikh ni muncul. Yelah takkan tiba2 tahun ni tarikh ni terskip pulak kan. Tapi tulah. Sebelum tarikh ni muncul lagi, sebulan sebelum tu aku dah teringat dah. Terngiang2. Tapi aku dah cakap dah dalam hati oleh kerana aku dah move on, aku tak akan post dalam social media atau buat apa2 yang akan mengingatkan aku kepada kau. Taknak meratapi gitu sebab dah move on kan. 

Sampailah....



Aduhhhhhhh.....

Sebak balik tiba2. 

Bukak tv pulak tiba2, cerita titanic. Kahkah lagi tragic la kisah hidup tak berkesampaian aku ni haaa.  


Takpelah. Walau macam mana pon, the small special place in my heart that has been reserved for you, will always be there. Tak akan hilang. Satu je aku harap, untuk berjumpa lagi dengan kau dekat sana nanti. Tapi tak tahulah kalau kau akan ingat lagi kt aku ke tidak, which i think you should. Hahaha

Dahlah tulis benda ni kt luar sambil minum starbuck, tiba2 nak nangis 😟


Wednesday, April 4, 2018

Lelaki sejati

Bagi aku yang berperwatakan keras ni, jarang sekali aku nak mengharapkan sesuatu dari insan bernama lelaki. Bagi aku, aku tak perlukan dorang, sekiranya aku tak perlukan dorang. Maksud aku, mungkin ada masa khidmat mereka akan memudahkan tapi tulah...bukan dalam semua benda. 

Bila sebut pasal lelaki...bagi aku lah..walaupun aku tak layak untuk menyatakan mengenai hal ini, tapi bagi aku seorang lelaki tu nampak handsome kalau dia berperangai gentlemen. Tak susah nak buat perempuan lagi2 mcm aku untuk turn on... Kalau kt office apa yang paling senang nak nampak ialah bila seseorang lelaki itu tahan pintu untuk aku...cukup gentle dah bagi aku. Bukan setakat gentle tapi dah cukup buat aku sebagai perempuan untuk rasa terharu. 

Baru2 ni masa pergi kenduri seorang kenalan, member lelaki aku parking bahagian tepian jalan di mana sebelah penumpang pulak kalau nk turun banyak lalang kt tepi... Apa yang mengharukan ialah bila member lelaki aku ni, park je kereta dia terus keluar dan pijak dan ketepikan lalang2 tu untuk memudahkan aku keluar...

Satu je aku nak cakap, nasib member dah lama, kalau tak memang turn on...








Monday, April 2, 2018

Kawan dulu lawan sekarang

Aku ada seorang kawan ni, yang dah lama aku tak bercakap dan bertegur dan malah menyimpan dendam dengannya...

Kadang aku sedih dengan diri aku. Sudahlah tak punya apa, tapi masih ego dengan diri sendiri, dengan orang sekeliling, dengan segala benda semua aku ego. 

Kisah dengan sorang kawan aku ni, kawan dah lama dari kecik tapi mula rapat sejak sekolah menengah. Bila rapat biasalahkan, buat semua benda sama2, makan sama2, tidur sama2, pergi berjalan sama2 cuma yang tak sama iman dan kedudukan. Punya kawan yang jauh tahapnya lebih daripada kau ni buat kau nak ukur baju di badan sendiri. Kerana ini jugaklah sebenarnya yang membuatkan hubungan kami renggang. Dulu berempat, sekarang cuma bertiga. 

Kadang2 memang rasa sedih tapi tulah.. Ego dan hati aku yang sakit ni tak dapat nak dikawal lagi. Sedar aku tak punya apa2, sedar aku bukan ditahap kau. Aku cuma nak minta maaf dan semoga kau sentiasa berbahagia disamping suami dan keluarga kau. 

Kalau kau cakap timewillheal, sorry, aku tak rasa pon macam tu. Its been almost two years now. 

Sekali lagi aku nak minta maaf. 






Tuesday, February 20, 2018

Itsumo black

Hi i miss you and i hope you could hear me 


Saturday, December 2, 2017

Hati sudah mereput

Dan apabila lagu jiwang mula berkumandang pada tengah malam tapi langsung tak sentuh hati dan perasaan kau. 

Apa hati betul dah kering ke?

Umur baru nak cecah 25 tahun takkan dah nak give up macam tu aje? 

Setakat baru sekali dua tertikam, takkan dah kecundang? Doa yang baik2 ajelah untuk masa depan. Emak ayah pon makin menaik umurnya. Takkan nak biar dorang kesunyian tanpa merasa tahap kegembiraan atas satu level lagi. 

Insyaallah kalau ada ketentuan tu maka adalah tu.

Tuesday, November 14, 2017

Im giving up

I am so tired and i feel like quitting now. Help :(

Tuesday, April 4, 2017

Job

Can i quit? Can i quit already? Is it too early to quit? I dont think i can face all these shits anymore. I am afraid. 

Saturday, March 25, 2017

Why me why now

It really hurt deep inside, deep inside my heart. It feels like someone is slashing my heart using a knife. No kidding. 

I wonder if i really dont deserve to feel happy, to be a happy person. I wonder.

Wednesday, March 22, 2017

Sayonara wa nani????

ITadi hati tiba2 rasa sayu. Sayu bila buat keje stalking aku tu. Duk stalk twitter so called awek adik mun yang jiwa kini tengah meronta sebab anwar (adik mun) baru je berlepas ke Japan untuk melanjutkan pembelajaran. Sedih kan? Sedih ngenangkan orang yang kita sayang, pergi jauh dari kita. Kalau boleh, nak selalu ada depan mata, duk sebelah, saling berpandangan dan berbincangkan mengenai kisah hati. Gitu. Kahkah 

Tak, persoalan dia dekat sini, betul sedih? Betul? Jauh dalam sudut hati, aku sangat2 harap, budak perempuan ni dapat rasa saat ditinggalkan mun, bukan untuk beberapa bulan macam anwar, tapi untuk selamanya. Nak sangat2 dia rasa. Kejam tapi itulah hakikatnya. 

Btw aku kejam aku tahu aku selfish aku tahu. Last weekend dia ajak aku teman untuk ke sana ke sini tapi aku tolak atas alasan peribadi. Myself comes first gitu. Apa2 pon, thanks for the time, for the efforts to gather before you fly off. 


Semoga maju jaya di negara idaman aku. Untuk merealisasikan impian tak tercapai aku dia kata. I know you can do it and i know you can do it. Make you parents proud and make yourself proud. 

Ganbatte!!! 


Monday, December 12, 2016

Mun, i miss you and i will always miss you

Mun, how are you, mun? Im doing well up here mun. You know what? My overthinking went nuts last two night when your mom was talking about other thing but i replied your mom with totally different answer. Hahha nevermind. 

Mun nak bagitahu.. Aku pergi kenduri kahwin abang kau haritu. That was a really simple but lovely wedding mun. How i wish you were there as well. Mata aku merayap seakan membayangkan kau sama berada di majlis tu. Aku terlalu rindukan kau. Ada orang tanya mak kau, bakal menantu ke tu? Dengan selamba mak kau jawab, kawan azhar tu, tapi azhar dah takde so ni kira anak angkat la ni, kannn? Sambil mak kau senyum kt aku. Terima kasih makcik, at least aku tak rasa sendirian. Tenkiu jugak pada adik kau yg lovely jugak tu. Lepas makan, rasa taknak balik, tenang je kenduri tu, aimi pulak sib baik sporting, dia kata takpe duduk lelepak sini lelama pon takpe. Indeed, my mind was thinking about you every single second, that night. Ayah kau handsome mun. Hahaha sempat aku usha. 

Abang kau time amek gambar dengan dia haritu, dia sempat bisik, ada masa pergilah ziarah ye. Insyallah bang. 

Thanks for the invite ya! 


Mun kau tengoklah aku dah gemuk sehhh!

Sunday, December 13, 2015

Mun's home

Alhamdulillah. Alhamdulillah and thank you for your time anwar. I never ever thought i would ever step into your house, mun. I miss you. I kinda miss you. Thank you for your adik. Dapat jugak hilang rindu. Walau tak dapat ganti kau, tapi serba sedikit aku hilangkan rindu aku pada kau. Walau rindu dah tak sekuat waktu kau pergi dulu.. Jangan risau kau selalu ada dalam diri aku. Nasib time mak kau cite sume pasal kau, aku dah watlek je. Bukan apa, memang kering habis dah air mata haha lejen sungguh. But deep inside my heart i really really reeeeeeaaaaalllllyyyyy wish you were here, with me and with your brother. 

Saturday, December 5, 2015

Life is unfair

I was told by almost everyone before to choose my words wisely before i speak. And yeah basically when you were warned several times about it im sure you will be more careful la kan. But what if people dont use their proper words or suitable words when theyre talking to me? How should i response to this kind of people? Life is so unfair. World is so unfair.