Kata-kata aku mungkin bukanlah bak seorang pujangga yang sedang berbunga hatinya ..

Monday, April 2, 2018

Kawan dulu lawan sekarang

Aku ada seorang kawan ni, yang dah lama aku tak bercakap dan bertegur dan malah menyimpan dendam dengannya...

Kadang aku sedih dengan diri aku. Sudahlah tak punya apa, tapi masih ego dengan diri sendiri, dengan orang sekeliling, dengan segala benda semua aku ego. 

Kisah dengan sorang kawan aku ni, kawan dah lama dari kecik tapi mula rapat sejak sekolah menengah. Bila rapat biasalahkan, buat semua benda sama2, makan sama2, tidur sama2, pergi berjalan sama2 cuma yang tak sama iman dan kedudukan. Punya kawan yang jauh tahapnya lebih daripada kau ni buat kau nak ukur baju di badan sendiri. Kerana ini jugaklah sebenarnya yang membuatkan hubungan kami renggang. Dulu berempat, sekarang cuma bertiga. 

Kadang2 memang rasa sedih tapi tulah.. Ego dan hati aku yang sakit ni tak dapat nak dikawal lagi. Sedar aku tak punya apa2, sedar aku bukan ditahap kau. Aku cuma nak minta maaf dan semoga kau sentiasa berbahagia disamping suami dan keluarga kau. 

Kalau kau cakap timewillheal, sorry, aku tak rasa pon macam tu. Its been almost two years now. 

Sekali lagi aku nak minta maaf. 






No comments:

Post a Comment